Najib sakit perut punca jalani rawatan di HKL - Utusan Malaysia

Najib sakit perut punca jalani rawatan di HKL

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami sakit perut ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Perkara itu dimaklumkan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa menerusi hantaran Instagram sebentar tadi memaklumkan bapanya itu sememangnya sering mengalami masalah perut yang berulang.

Daddy (Najib) sangat terdedah kepada ulser perut yang boleh berlaku di bawah tekanan atau disebabkan gastrik. Kali terakhir daddy kena ulser perut tahun lepas sehingga pengsan akibat pendarahan dalaman dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama seminggu untuk rawatan susulan,” tulisnya.

Menurut Nooryana, Najib seorang yang susah untuk mengadu tentang kesakitan yang dialaminya kerana tidak mahu menyusahkan orang lain sehingga sanggup merisikokan diri sendiri.

Tambahnya, dia dan keluarga berharap bapanya itu mendapat rawatan yang sepenuhnya bagi memastikan tahap kesihatan Najib kembali pulih dengan baik.

“Kami sangat berharap daddy mendapat pemeriksaan dan rawatan dengan kerap jika diperlukan oleh pihak penjara dan hospital,” luahnya.

Najib kini menjalani hukuman penjara setelah rayuan akhir untuk mengetepikan kesalahan dan hukuman menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. ditolak Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun beliau dilaporkan kembali pulih dan telah menghadiri prosiding perbicaraan membabitkan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN