Najib keluarkan 38 cek berjumlah RM8.4 juta

Najib keluarkan 38 cek berjumlah RM8.4 juta

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi tempoh Mac 2011 sehingga Mei 2012, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan sebanyak 38 keping cek berjumlah lebih RM8.4 juta.

Cek-cek tersebut diberikan enam syarikat (RM1,428,250); UMNO cawangan dan bahagian (RM4,670,000), Barisan Nasional (BN) cawangan Tun Razak (RM200,000) dan 18 individu berjumlah RM2,107,600.

Antara penerima individu ialah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gadam dan bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem; masing-masing berjumlah RM100,000.

Pada Julai 2020, mahkamah menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak wang RM100,000 daripada Kasitah yang dikatakan wang hasil pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB.

UMNO cawangan dan bahagian yang menerima cek daripada Najib ialah UMNO Bahagian Pekan berjumlah RM200,000, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pekan (RM170,000), Pergerakan Wanita UMNO Selangor (RM1.9 juta), UMNO Selangor (RM2 juta), Barisan Nasional Bahagian Bandar Tun Razak (RM200,000) dan UMNO Bahagian Macang (RM400,000).

Kesemua cek tersebut didakwa sebahagian daripada wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa telah diselewengkan.

Syarikat-syarikat yang menerima cek daripada Najib pula ialah syarikat Qalif Umar Creative (RM130,000), Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd (RM274,750), Gading Emas Management Services (RM50,000), Fanisa Consultancy And Services (RM95,000) dan Two One Holidays Malaysia Sdn Bhd (RM178,000), yang keseluruhannya berjumlah RM1,428 juta.

Transaksi cek-cek tersebut dinyatakan oleh saksi pendakwaan ke-36, Pengurus Kanan Bahagian Pusat Pemprosesan Cek AmBank (M) Berhad, Badrul Hisam Mohamad, 48.

Kenyataan itu diberikan dalam perbicaraan kes Najib yang didakwa atas 25 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah dan terlibat dalam pengubahan wang haram membabitkan dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion.

Tambahnya, transaksi membabitkan cek-cek berkenaan dicatatkan dalam penyata akaun Ambank bernombor 211-202-200969-4 milik Najib.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah masih diteruskan dengan soal balas oleh peguam bela, Wan Aizuddin Wan Mohamed. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya