Murid tahun enam ditemukan lemas

Murid tahun enam ditemukan lemas

ANGGOTA pasukan penyelamat mengusung mayat Abdul Rafiuddin Abdul Rashid yang ditemukan lemas di Sungai Dungun dekat Kampung Rajawali, Dungun, hari ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Seorang murid tahun enam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Serai di sini ditemukan lemas di Sungai Dungun dekat Kampung Rajawali, di sini, awal pagi tadi.

Mayat Abdul Rafiuddin Abdul Rashid, 12, ditemukan di dasar sungai itu pada kedalaman 2.5 meter pada pukul 2.30 pagi.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias berkata, mangsa dilaporkan mandi bersama empat rakannya di sungai tersebut pada pukul 6 petang semalam.

Menurutnya, mayat mangsa ditemukan oleh pasukan penyelamat pada  jarak kira-kira 10 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus sungai tersebut.

“Keadaan air sungai yang sedikit surut awal pagi tadi memudahkan operasi mencari dan menyelamat mangsa. 

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Dalam kejadian itu, mangsa mandi di sungai tersebut bersama empat rakan sekelasnya iaitu Muhammad Qhalish Iman Hazimi, Muhammad Aqil Shafie, Wan Adip Hakimi Wan Ahmad dan Raja Muhammad Anas Raja Ibrahim. 

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dan rakan-rakannya bermain dan berjalan ke beting pasir yang timbul ekoran air surut pada jarak kira-kira 30 meter dari darat. 

Bagaimanapun, keadaan air sungai yang pasang dengan cepat menyebabkan mangsa dan seorang lagi rakannya, Muhammad Qhalish Iman gagal untuk berenang ke darat. 

Bagaimanapun, Muhammad Qhalish Iman berjaya diselamatkan selepas berpaut pada pelampung yang dibaling rakannya, namun mangsa terus dihanyutkan arus sungai. – UTUSAN

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya