MMTV terbit segmen berita 15 Minit MMTV

MMTV terbit segmen berita 15 Minit MMTV

SEGMEN 15 Minit MMTV disiarkan pada pukul 6.45 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seiring de­ngan perkembangan dunia digital yang semakin maju, Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) muncul dengan produk baharu penyampaian berita melalui segmen 15 Minit MMTV.

Kemunculan 15 Minit MMTV bermula semalam menjadi sumber berita utama kepada pengguna laman sosial yang sentiasa mahukan sumber berita yang ringkas dan padat hanya menerusi hujung jari mereka.

Disiarkan tepat pada pukul 6.45 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat, 15 Minit MMTV merupakan himpunan laporan berita semasa dan terkini dari tiga akhbar iaitu Utusan Malaysia, Kosmo! dan The Malaysian Reserve.

Lebih menarik, medium pemberitaan ini turut mengetengahkan laporan eksklusif terhadap sesuatu isu sekali gus meme­nuhi kehendak penonton.

Paparan berita dengan durasi 15 minit pada setiap program, penonton akan disajikan de­ngan laporan yang merangkumi berita-berita tempatan dan luar negara merentasi segmen politik, isu semasa, ekonomi, jenayah, hiburan, sukan dan ramalan cuaca.

Bertindak sebagai penerbit 15 Minit MMTV, Roshihan Annuar Yub mengakui kelebihan yang dimiliki program ini antaranya memberi pilihan untuk penonton mendapatkan berita-berita terbitan Media Mulia secara visual berbanding penulisan di akhbar.

Katanya, waktu 6.45 petang dipilih untuk memberi peluang kepada penonton mendapatkan berita lebih awal berbanding berita di stesen televisyen yang kebiasaannya disiarkan pada sebelah malam.

“Kebanyakan penonton kini sudah mempunyai akses internet yang baik. Malah kebanyakan kita juga lebih selesa menggunakan telefon bimbit sahaja untuk mendapatkan sebarang maklumat,” jelasnya.

Berita 15 Minit MMTV boleh ditonton secara langsung di saluran YouTube dan Facebook rasmi Utusan Malaysia, Kosmo! dan The Malaysia Reserve dan siaran ulangan pada pukul 9 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya