Mindef peruntuk RM8 juta senggara sekolah Kem ATM

Mindef peruntuk RM8 juta senggara sekolah Kem ATM

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM8 juta diperuntukkan Kementerian Pertahanan untuk menampung keperluan senggaraan segera sekolah dalam Kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Kementah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, antara kerja senggaraan yang dilaksanakan  membabitkan fasiliti asas dan pendawaian elektrikal. 

Katanya, ia bakal memanfaatkan lebih 20,000 pelajar dan lebih 2,000 guru serta kakitangan sokongan.

“Dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat Kabinet di Putrajaya tadi, saya singgah ke SK Kementah yang terletak dalam Kem Kementah, Kuala Lumpur.

“Saya nak tengok sendiri keadaan fasiliti sekolah ini serta jumpa terus warga sekolah untuk dengar harapan mereka. Ini penting apatah lagi sebahagian besar pelajar sekolah dalam Kem Angkatan Tentera Malaysia ialah anak warga ATM. 

“Selepas ambil kira keperluan semasa dan maklum balas lawatan tadi, Kementerian Pertahanan Malaysia peruntukkan RM8 juta untuk tampung keperluan senggaraan segera sekolah dalam Kem ATM termasuk SK Kementah,” katanya dalam Facebook beliau hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya