Mindef komited perkasa pendidikan anak-anak warga ATM

Mindef komited perkasa pendidikan anak-anak warga ATM

HISHAMMUDDIN Tun Hussein (tengah) mendengar penerangan daripada wakil MRSM Terendak ketika mengadakan lawatan ke sekolah berasrama penuh itu di Kem Terendak, Melaka. – FOTO/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kementerian Pertahanan (Mindef) dengan kerjasama Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) komited untuk menambah baik aspek pendidikan khususnya melibatkan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, inisiatif itu juga merupakan sebahagian daripada usaha membela kebajikan warga pertahanan termasuk veteran ATM serta ahli keluarga mereka.

Menurut beliau, pelbagai program dan skim perancangan dirangka seperti Program Dermasiswa Premium dan Skim Penabungan Anak-anak ATM Rukun Kelima (SPARK).

“Program Dermasiswa Premium memberi inisiatif sebanyak RM5,000 secara sekali bayaran (one-off) kepada anak warga ATM dan veteran ATM yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ijazah pertama di 100 universiti terbaik dunia.

“SPARK pula melibatkan Yayasan LTAT dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji dan Jabatan Arah Pendidikan ATM untuk membantu lebih 13,500 anak anggota ATM yang bersekolah di Sekolah

Dalam Kem (SDK) membuka akaun simpanan secara percuma di Tabung Haji.

“Yayasan LTAT akan menyumbang RM50 setiap seorang sebagai dana permulaan untuk membuka akaun atau mengkreditkan dana tersebut ke akaun sedia ada anak-anak anggota ATM dengan kos keseluruhan berjumlah RM675,000,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak di sini, semalam. Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Tambah Hishammuddin, sebanyak RM150,000 diperuntukkan kepada Program Sentuhan Elite Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membantu anak-anak anggota ATM di SDK meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian akademik terutama membabitkan mata pelajaran teras.

Katanya, program itu akan melibatkan kerjasama antara guru-guru pakar serta cemerlang daripada sekolah berprestasi tinggi (SBT) dan MRSM yang berpengalaman luas.

“Selain itu, para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM. Seramai 164 anak warga ATM yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2021 bakal menerima inisiatif RM1,500 seorang secara one-off.

“Kementerian juga menyediakan bantuan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebanyak RM1,000 seorang secara one-off kepada 64 pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

“Seramai 150 orang anak warga ATM, anak warga awam Mindef dan anak veteran yang mendapat tawaran pengajian menerima komputer riba percuma dengan kos keseluruhan RM450,000,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya