Melaka guna tenaga solar sepenuhnya 2035

Melaka guna tenaga solar sepenuhnya 2035

RAIS Yasin merasmikan Persidangan Teknologi Grid Pintar Melaka 2022 di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, Banda Hilir, Melaka. - FOTO/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka bakal menjadi negeri pintar dan berteknologi hijau pertama di Malaysia menggunakan sepenuhnya tenaga solar menjelang 2035.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, ia berikutan Melaka telah dipilih sebagai salah satu dari 28 bandar di 11 buah negara untuk melaksanakan projek grid pintar (smart grid project) .

Menurutnya, projek berkenaan dilihat seiring dengan hasrat kerajaan negeri yang mengambil kira elemen kelestarian menjadi teras dalam pembangunan mampan.

Beliau berkata, perkara tersebut seperti digariskan dalam Smart Melaka Blueprint 2035 dengan mengaplikasikan teknologi grid pintar.

“Projek ini merupakan satu-satunya projek grid pintar yang dibangunkan di Malaysia dan rantau Asia ini, yang seiring dengan strategi dan inisiatif kerajaan negeri dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

“Kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 30,000 rumah kediaman untuk menyertai inisiatif ini secara percuma menjelang 2023 kerana setakat ini hanya 40 rumah yang telah menggunakan aplikasi ini di Ayer Keroh,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Teknologi Grid Pintar Melaka 2022 di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah di sini semalam.

Tambah Rais lagi, projek yang dibiayai sepenuhnya Global Environment Facility (GEF) sejak 2017 telah mendapat pengiktirafan United Nations Industrial Development Organization (UNIDO).

“Projek grid pintar melibatkan integrasi dalam talian bagi teknologi tenaga lestari yang sedia ada di negeri ini.

“Ia telah berjaya mengintegrasikan teknologi seperti 20 megawatt (MW) ladang solar, 30 kilowatt (KW) panel solar bumbung, 4000 liter termal solar, 50 unit bangunan komersial dan industri, tiga unit pengecasan elektrik, satu unit sistem bateri dan 40 unit meter pintar dari rumah kediaman,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.