MBM bakal buka perwakilan di luar negara  

MBM bakal buka perwakilan di luar negara  

SAIFUDDIN Abdullah bersama Jufitri Joha (kanan) ketika gimik melancarkan Buku Himpunan Genta Rasa di Wisma Putra, Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah lebih 70 tahun berbakti kepada belia di tanah air, Majlis Belia Malaysia (MBM) bakal membuka pejabat perwakilan tetapnya di beberapa negara dalam masa terdekat.

Berita gembira itu diumumkan Presidennya, Mohd. Izzat Afifi Abd. Hamid ketika ditanya usaha organisasi tersebut membantu belia negara ini berada di luar negara untuk balik ke Malaysia.

“Insya-Allah, kita akan menubuhkan perwakilan MBM secara rasmi di Britain tidak lama lagi sebelum kemudian di Australia dan Indonesia pula,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini selepas hadir menyaksikan pelancaran rasmi buku Himpunan Genta Rasa tulisan bekas Presiden MBM sebelum ini, Jufitri Joha oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Ia merupakan koleksi pandangan pemimpin itu sewaktu menerajui badan induk belia tersebut sejak 1998 sehingga Mac lalu selain ketika bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Secara kebetulan, menteri berkenaan juga merupakan bekas Presiden MBM dari 1998 hingga 2002 dan aktif aktiviti belia peringkat nasional di samping ketika belajar di Universiti Malaya.

Mengulas lanjut, Mohd. Izzat Afifi berkata, langkah penubuhan pejabat di luar negara dijangka menjadi penghubung pelbagai badan penuntut Malaysia yang selama ini bergerak berasingan.

Pada masa sama ujarnya, wakil itu akan bekerjasama rapat dengan pihak kedutaan Malaysia untuk membawa kembali ‘bakat’ terbaik pulang berkhidmat di negara ini setelah tamat belajar.

“Ramai pelajar cemerlang ini keberatan balik selepas habis pengajian kerana bimbang tiada tawaran atau gaji kecil walhal dari segi jangka panjang negara alami kerugian besar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya