Mayat nelayan hilang ditemukan tersangkut jaring dalam bot

Mayat nelayan hilang ditemukan tersangkut jaring dalam bot

MAYAT Te Chia Rong dibawa naik untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Mayat salah seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki karam dan tenggelam pada 14 September lalu ditemukan tersangkut pada jaring yang terdapat dalam bot itu.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd. Haniff Mohd. Yunus berkata, mayat mangsa dibawa naik oleh pasukan penyelam pada pukul 11.45 pagi ini sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat.

Katanya, hasil pengecaman ahli keluarga yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa ialah Te Chia Rong, 38.

“Mayat mangsa yang sampai ke jeti kira-kira pukul 12.30 tengah hari kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Berikutan itu, kerja-kerja menyelam sedang giat dijalankan untuk mengesan seorang lagi mangsa, Chia Hock Neng, 60, yang masih gagal ditemukan,” katanya di sini hari ini.

Rabu lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima maklumat kejadian sebuah bot nelayan yang karam kira-kira sembilan batu nautika di Perairan Laut Hailam pukul 5 petang.

Dalam kejadian itu, dua lagi kru  menyelamatkan diri dengan terjun ke laut sebelum diselamatkan oleh bot nelayan yang berada berhampiran kejadian, manakala dua lagi kru yang berusia 38 tahun dan 60 tahun dikatakan berada di dalam bot gagal menyelamatkan diri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.