Manifesto PN tumpu pemulihan ekonomi, kebajikan rakyat 

Manifesto PN tumpu pemulihan ekonomi, kebajikan rakyat 

TUAN Ibrahim Tuan Man menyampaikan ceramah pada Pra Himpunan Teguh Pertahan dan Pelancaran Jentera PRU15 Pas Terengganu di Dataran Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Perikatan Nasional (PN) memberi tumpuan terhadap pemulihan ekonomi negara dan kebajikan rakyat dalam manifesto yang bakal ditawarkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebuah jawatankuasa manifesto ditubuhkan bagi melakukan kajian perkara-perkara dasar yang perlu diberi tumpuan oleh PN sekiranya diberi kepercayaan mentadbir negara ini.

Beliau percaya manifesto PN yang bakal dibentangkan itu diterima oleh rakyat. 

“Tumpuan utama kita adalah pemulihan ekonomi negara. Kedua kita akui isu perubahan iklim mempunyai impak secara langsung kepada situasi negara, jadi kita beri keutamaan soal kebajikan rakyat. 

“Kita juga ak kepada semua rakyat di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ceramah perdana Pra Himpunan Teguh Pertahan dan melancarkan Jentera PRU15 Pas Terengganu di Dataran Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak di sini, malam tadi.

Yang turut menyampaikan ceramah ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Tuan Ibrahim berkata, manifesto PN peringkat negeri juga menuruti dasar yang sama dengan tumpuan tawaran khusus bagi setiap negeri.

“Agenda yang ditawarkan di peringkat negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, mereka juga merangka menifesto tersendiri.

“Tetapi, di peringkat Pusat kita juga ada tawaran yang sama memandangkan Pas kini adalah sebahagian daripada kerajaan. Kita akan ada tawaran-tawaran yang akan kita buat dalam konteks negara,” ujarnya.

Selain itu, beliau memberitahu, PN belum memutuskan calon kerana masih dalam peringkat rundingan jawatankuasa pakatan tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya, pemilihan calon tersebut akan dapat diselesaikan dengan dalam tempoh terdekat. 

“Mesyuarat pertama dah diadakan, mesyuarat kedua, ketiga akan diadakan dalam masa terdekat. 

“Saya rasa dalam PN kita akan selesai (pemilihan calon) dengan mudah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya