Malaysia ucap takziah kepada Britain atas kemangkatan Ratu Elizabeth II - Utusan Malaysia

Malaysia ucap takziah kepada Britain atas kemangkatan Ratu Elizabeth II

RATU Elizabeth mangkat di Scotland. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada anggota kerabat diraja, rakyat dan kerajaan Britain atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi hantaran dalam laman sosial rasmi beliau pagi ini turut menzahirkan sanjungan tinggi ke atas pemerintahan tujuh dekad baginda.

“Baginda merupakan seorang tokoh yang cukup berwibawa dan menerajui tempoh hayat dengan khidmat penuh dedikasi kepada rakyat United Kingdom dan Komanwel,” jelasnya.

Ratu Elizabeth II atau nama sebenarnya, Elizabeth Alexandra Mary, menaiki takhta pada 6 Februari 1952 susulan kemangkatan ayahandanya, Raja George VI pada tarikh berkenaan.

Media Britain melaporkan baginda yang turut merupakan pemerintah paling lama monarki Britain selama 70 tahun 214 hari, mangkat di Istana Balmoral, Aberdeenshire, Scotland.

Sepanjang hayatnya, baginda pernah melawat Malaysia sebanyak tiga kali termasuk ketika merasmikan upacara penutupan rasmi Sukan Komanwel XVI di Kuala Lumpur pada 1998.

Kemangkatan baginda menyaksikan putera tertua dalam kalangan empat anakandanya, Putera Charles dinobatkan sebagai pengganti ibundanya dengan gelaran Raja Charles III. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN