Malaysia pandang serius kes dera amah

Malaysia pandang serius kes dera amah

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Malaysia menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada kerajaan Indonesia tentang kejadian dera terbaharu membabitkan amah dari negara tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, rakan sejawatannya, Retno Lestari Priansari Marsudi telah meminta kerjasama negara ini melalui Kementerian Luar bagi memastikan keadilan ditegakkan terhadap rakyatnya.

Menurut Saifuddin, kementeriannya akan memberi segala bentuk bantuan yang sewajarnya sekali gus memastikan siasatan dilaksanakan dengan segera.

“Ketika berhubung dengan ibu Retno, saya ada memberi tahu beliau bahawa memang kerajaan Malaysia memandang serius hal sedemikian.

“Kira serahkan kepada pihak berkuasa untuk memberi keutamaan khususnya dalam melengkapkan siasatan dan tindakan yang selanjutnya. 

“Kita memang dari segi kerajaan kita mahu supaya tindakan segera diambil dan pihak yang bertanggungjawab itu dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya di sini hari ini.

Beberapa hari lalu polis, menahan seorang wanita tempatan berusia 35 tahun, bagi membantu siasatan kes dera pembantu rumah warga Indonesia di sebuah rumah di Batu Caves, Selangor.

Dalam kes itu, polis menerima laporan daripada mangsa berusia 46 tahun yang mendakwa didera majikannya iaitu pasangan suami isteri, sejak bekerja pada Oktober 2019.

Mangsa dikatakan melarikan diri dari kediaman majikannya itu sebelum tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor 31 Ogos lalu.

Mangsa bukan sahaja dikurung dan dipantau ketat, malah ditampar, dicederakan menggunakan kayu di muka sehingga lebam dan menerima rawatan di Hospital Selayang.

Kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 13 Akta Anti pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN