KUALA LUMPUR: Golongan mahasiswa daripada kumpulan M40 (M1) boleh menarik nafas lega berikutan keputusan kerajaan menaikkan kadar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada 75 peratus kepada 100 peratus. Selain itu, mahasiswa daripada kumpulan M40 juga layak menerima pinjaman komputer riba sebagai antara usaha kerajaan menjaga kepentingan mahasiswa. Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan majlis Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi 2022…











