LUAS kesan bau diesel di Sungai Gong

LUAS kesan bau diesel di Sungai Gong

KAKITANGAN LUAS mengambil langkah menghalang bahan asing berbau diesel dari mencemari Sungai Gong semalam. - UTUSAN/ ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Skuad Pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) semalam menemukan bau seakan diesel di kawasan Sungai  Gong, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, jarak lokasi pencemaran bau dikesan ke muka sauk loji rawatan air (LRA) terhampir iaitu muka sauk LRA Rantau Panjang adalah 20 kilometer.

“Pengurusan Air Selangor Sdn .Bhd. ( Air Selangor ) siap siaga dengan pencegahan bagi sebarang kemungkinan di muka sauk. Siasatan LUAS dilakukan di sekitar kawasan yang mempunyai aliran masuk ke dalam sungai ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loy Sian berkata, LUAS juga mendapati terdapat penemuan bau seakan diesel di kawasan hulu Sungai Gong yang berkemungkinan dari kawasan premis industri .

Bagaimanapun, katanya lagi, siasatan bersama Air Selangor juga mendapati terdapat sisa minyak diesel ke dalam saliran longkang sebuah stesen minyak di kawasan Taman Bayu Permai.

“Pensampelan di lokasi berkenaan dilakukan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya