LRA Bukit Sah beri manfaat 325,000 pengguna

LRA Bukit Sah beri manfaat 325,000 pengguna

DR. Ahmad Samsuri Mokhtar (dua, kanan) diberi penerangan mengenai proses rawatan air di LRA Bukit Sah, Air Putih, Kemaman, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Sah, Air Putih dekat sini dapat memberi manfaat kepada 325,000 pengguna di daerah ini. 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek naik taraf LRA yang menelan perbelanjaan hampir RM671 juta itu bermula sejak November 2015 dan siap pada 29 November 2021. 

Menurutnya, keupayaan LRA tersebut telah ditingkatkan kepada 255 juta liter sehari berbanding sebelum ini cuma 225 juta liter sehari.

Katanya, LRA Bukit Sah itu juga merupakan LRA terbesar di negeri ini.

“LRA yang beroperasi sejak 1984 ini juga, kini turut dilengkapi dengan pusat kawalan telemetri yang dipantau secara ‘real time’ membolehkan operasinya dikawal selia secara lebih terperinci dan berkesan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan LRA Bukit Sah, Air Putih dekat sini, hari ini. 

Ahmad Samsuri berkata, projek naik taraf LRA itu melibatkan pembinaan muka sauk berkapisiti 280 juta liter sehari, sistem paip agihan utama dan kolam air imbangan. 

Beliau menambah, bagi memastikan kelangsungan bekalan air secara mapan, kerajaan negeri turut melaksanakan projek bekalan air Kuala Terengganu Utara (KTU) dengan kos sebanyak RM1.3 billion. 

“Projek ini dijangka memberi manfaat kepada 600,000 pengguna di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang mana ianya akan disiapkan secara berperingkat-peringkat,” katanya. 

Menurutnya, tiga komponen utama projek KTU melibatkan LRA Pulau Bahagia yang dapat membekalkan 20 juta liter sehari sejak  Mac lalu.

Katanya, dua lagi LRA ialah di LRA Losong yang menampung 44 juta liter sehari dan mula dimanfaatkan secara berperingkat bermula akhir April lalu manakala dan LRA Bukit Berapit pula kapasiti 120 juta liter sehari yang dijangka beroperasi hujung tahun ini. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya