Lori terbabas, pemandu maut tercampak keluar - Utusan Malaysia

Lori terbabas, pemandu maut tercampak keluar

ANGGOTA bomba mengangkat mayat pemandu lori yang tersepit pada pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki maut setelah lori dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat sini pagi tadi.

Dalam nahas sekitar pukul 5.40 pagi itu, mangsa, Budi Abd. Rahim, 52, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas tercampak keluar dari kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, nahas membabitkan lori muatan kotak terpakai dipandu mangsa yang dalam perjalanan dari arah selatan ke utara.

Katanya, sampai di lokasi kejadian, kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sendiri melanggar besi penghadang di bahu kiri jalan.

“Mangsa yang beralamat di Taman Sri Andalas, Klang itu dipercayai tercampak keluar dari kenderaan dan terjatuh di atas lorong kiri. Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati punca nahas ekoran kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas sendiri. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN