Lori bawa muatan minyak sawit terbalik, jalan ditutup

Lori bawa muatan minyak sawit terbalik, jalan ditutup

JALAN Seremban-Kuala Pilah dekat susur ke Senawang di Seremban kini ditutup sementara ekoran tumpahan minyak sawit susulan lori yang membawa muatan tersebut terbalik dalam kejadian kemalangan malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah lori membawa muatan minyak sawit yang terbalik di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat susur ke Senawang semalam menyebabkan muatan minyak tumpah di atas jalan raya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, akibat tumpahan minyak itu, jalan tersebut kini terpaksa ditutup sementara dan pengguna boleh mengguna beberapa laluan alternatif.

“Kemalangan itu berlaku pada pukul 7.15 malam semalam dan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak telah dilakukan oleh pihak Bomba Senawang. 

“Penutupan laluan itu (Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat susur ke Senawang) ditutup kepada kenderaan untuk dilalui sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanda berkata, atas faktor keselamatan, tiga laluan alternatif iaitu Jalan Senawang – Paroi (Pusat Dakwah Islamiah Paroi), Jalan Taman Lavender Heights (Jalan Seremban-Kuala Pilah) dan Jalan Kampung Sentosa (Mahfah) boleh digunakan oleh pengguna jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN