Lelaki maut kereta bertembung lori muatan anak ayam - Utusan Malaysia

Lelaki maut kereta bertembung lori muatan anak ayam

KEADAAN kereta Perodua Alza dipandu mangsa yang remuk selepas bertembung lori muatan anak ayam di Kilometer 24.2, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik semalam. - UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit nahas dengan sebuah lori muatan anak ayam di Kilometer 24.2, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini semalam.

Mangsa, Nor Azelan Jaafar, 42, yang memandu kereta jenis Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 3.36 petang dengan sepasukan 15 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, nahas membabitkan kereta jenis Perodua Alza dipandu mangsa dengan sebuah lori tiga tan membawa muatan anak ayam.

“Kedua-dua kenderaan itu bertembung dengan pemandu kereta cedera parah dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Pemandu dan kelindan lori tidak cedera. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya