LCS: Rafizi hadir ke IPD Sentul petang ini 

LCS: Rafizi hadir ke IPD Sentul petang ini 

PKR
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dipanggil polis untuk diambil keterangan susulan pendedahan beliau berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS).

Perkara itu disahkan Rafizi menerusi satu ciapan di Twitter miliknya yang turut memuat naik surat arahan menghadiri siasatan polis.

Katanya, beliau diminta hadir ke di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada pukul 3 petang ini. 

“Saya akan hadir pada 3 petang ini untuk dirakam kenyataan berikutan laporan polis yang dibuat minggu ini.

“Saya harap polis juga bertindak secepat mungkin (seperti ini) untuk menyiasat laporan dibuat Akmal Nasir (Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir) terhadap Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas),” katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai dilaporkan berkata akan memanggil Rafizi pada minggu depan bagi siasatan kes dakwaan fitnah projek kapal tempur pesisir (LCS).

Kelmarin, Abd Latiff mengesahkan diambil keterangan oleh polis. 

Ini susulan laporan polis dibuat oleh Pegawai Tugas-Tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Sayed Ahmad Mui’izzuddin Al-Sayed Mohamad terhadap Rafizi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya