KPT serah UM siasat dakwaan kajian PhD diguna tanpa kebenaran

KPT serah UM siasat dakwaan kajian PhD diguna tanpa kebenaran

NORAINI Ahmad merasmikan Karnival Komuniti di Kolej Komunìti Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak mencampuri siasatan berhubung kes seorang calon ijazah doktor falsafah (PhD) Universiti Malaya (UM) yang mendakwa hasil penyelidikannya diambil penyelia tanpa kebenaran.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, siasatan telus dan terperinci diserahkan sepenuhnya kepada pengurusan UM kerana universiti itu mempunyai autonomi terhadap kes berkenaan.

“Kes ini terjadi di UM dan UM sendiri telah membuat siasatan serta laporan polis berkaitan video tular tersebut. Jadi kita akan serahkan kepada universiti kerana mereka mempunyai autonomi masing-masing,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita dalam Karnival Komuniti di Kolej Komunìti Bagan Serai disini hari ini.

Noraini berkata, pihak UM telah menghantar laporan berhubung dakwaan pelajar itu kepada kementerian bersama laporan polis yang dibuat.

“Elok tunggu laporan dan siasatan polis kerana UM sudah hantar laporan dan menyatakan telah buat laporan polis berkaitan tuduhan itu,” katanya.

Minggu lalu, seorang pelajar dari Yaman berusia 34 tahun calon PhD mendakwa dua penyelianya menggunakan bahan penyelidikannya tanpa kebenaran untuk kepentingan komersial.

Berikutan itu, pengurusan UM membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN