Kita dengar desakan akar umbi UMNO - Ismail Sabri

Kita dengar desakan akar umbi UMNO – Ismail Sabri

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebarang desakan daripada akar umbi UMNO termasuk isu kerjasama dengan Pas tidak diabaikan begitu sahaja sebaliknya tetap diambil kira oleh pucuk pimpinan parti.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun menjelaskan, apa jua desakan yang dibuat akan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“Terserah pada MKT. Kita dengar pandangan semua pihak..UMNO memang terbuka, siapa sahaja ketua cawangan, ketua bahagian.

“Siapa sahaja boleh beri pandangan. Akhirnya, dari segi keputusan, ia ditentukan oleh parti,” katanya ketika menemui pemberita hari ini.

Terdahulu, Ketua Bahagian UMNO Besut, Datuk Nawi Mohamad mendesak pucuk pimpinan parti supaya menutup pintu rundingan dengan Pas berkaitan status 27 kerusi kritikal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, hasrat Pas yang tetap mahu mengadakan rundingan dengan UMNO membuktikan parti itu berada dalam keadaan terdesak dan beliau membantah sebarang bentuk kerjasama dan rundingan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, perkara itu mungkin boleh dibawa ke mesyuarat MKT akan datang.

“Mesyuarat ini akan ditangguh pada tarikh yang akan diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Mungkin perkara tersebut boleh dibawa ke dalam mesyuarat akan datang,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN