Kit Siang buat pusingan U, tetap tanding PRU15 - Hasni

Kit Siang buat pusingan U, tetap tanding PRU15 – Hasni

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Veteran DAP, Lim Kit Siang didakwa bakal melakukan pusingan ‘U’ dalam kancah politik dengan tetap akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad mendakwa, pemimpin DAP itu tidak akan mempertahan kerusi Parlimen Iskandar Puteri, sebaliknya sedang mengintai kawasan lain.

“Saya terima maklumat yang mengatakan bahawa Lim Kit Siang bakal bertanding dalam PRU15, perkara itu diputuskan DAP dalam mesyuarat mereka baru-baru ini.

“Dia juga tidak akan bertanding di kerusi Iskandar Puteri, sebaliknya menjadi calon bagi kerusi Parlimen Bakri. Ini sebenarnya akan memudahkan kita untuk merampas kembali kerusi berkenaan,” katanya semasa merasmikan Majlis Jentera Veteran UMNO untuk PRU15 di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.

HASNI MOHAMMAD melancarkan Jentera PRU15 Veteran UMNO di Pagoh, Johor.

Awal tahun lalu, Kit Siang yang merupakan wakil rakyat Parlimen Iskandar Puteri bagi dua penggal memaklumkan beliau tidak bertanding dalam PRU15 ketika Kongres Nasional DAP di Shah Alam, Selangor.

Pada PRU14 , calon DAP, Yeo Bee Yin menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Koh Chon Chai dan calon Pas, Md. Zahrul Salleh dengan majoriti 23,000 undi di Parlimen Bakri.

Sementara itu, Hasni turut memberitahu, BN Johor tidak akan menjadikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu sebagai kayu pengukur dalam menghadapi PRU15. Kedua-dua pilihan raya itu adalah berlainan dan pihaknya bersedia untuk menangkis sebarang tohmahan yang dibangkitkan pembangkang terhadap BN. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.