Kilang plastik hampir musnah dalam kebakaran

Kilang plastik hampir musnah dalam kebakaran

SEBUAH kilang memproses bahan kitar semula termasuk plastik hampir musnah dalam kebakaran di Jalan Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Sebuah kilang memproses bahan kitar semula termasuk plastik hampir musnah dalam kebakaran dalam kejadian di Jalan Permatang Tinggi, di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 11.51 malam sebelum ke lokasi.

Katanya, operasi pemadaman diketuai anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda dengan dibantu oleh pasukan bomba dari BBP lain termasuk Bukit Mertajam, Perai, Sungai Bakap serta pasukan bomba sukarela (PBS) berhampiran.

“Anggaran keluasan kilang ialah kira-kira 19×19 meter persegi (200×200 kaki persegi) manakala anggaran kemusnahan akibat kebakaran itu pula adalah sebanyak 90 peratus. Bagaimanapun, tidak ada mangsa yang dilaporkan terlibat dengan kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, komander operasi turut membuat kerja-kerja penilaian ‘size up’ di lokasi dan mengarahkan anggota yang lengkap memakai pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) untuk melakukan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman api. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya