Khairy yakin RUU Generasi Penamat (GEG) dapat diluluskan

Khairy yakin RUU Generasi Penamat (GEG) dapat diluluskan

Generasi penamat
Khairy Jamaluddin bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah selepas temubual sempena setahun pencapaian Menteri Kesihatan di Kementerian Kesihatan Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan yakin Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dapat diluluskan pada sesi Dewan Rakyat, Oktober ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau dimaklumkan majoriti ahli Parlimen telah menyatakan persetujuan terhadap  (RUU) berkenaan yang juga dikenalo sebagai RUU Generasi Penamat (GEG). 

Beliau berkata, berdasarkan surat diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kesemua ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) sudah menyatakan persetujuan.

“Mereka menyokong RUU berkenaan kerana ia bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) iaitu golongan individu lahir selepas 1 Jan 2007.

“RUU ini masih dalam semakan dan penelitian Jawatankuasa Pilihan  Khas Parlimen (JPK) dan perbincangan telah berjalan lancar.

“Sebagaimana dijanjikan, kami berharap Penyata Pindaan  dalam jawatankuasa ini akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat Oktober nanti,” katanya pada sesi temubual khas sempena setahun perkhidmatannya sebagai Menteri Kesihatan di sini, semalam.

Ditanya sama ada RUU itu sempat diluluskan atau tidak susulan spekulasi dan kemungkinan tempoh sidang disingkatkan disebabkan tarikh pilihan raya umum, Khairy berkata, beliau mengesahkan bahawa Dewan Rakyat sudah terikat dengan usul RUU itu.

“Usul itu telah dipersetujui oleh Dewan Rakyat dan ia akan di bawa ke sidang akan datang selepas dirujuk kepada JPK.

“Ia perlu dibawa semula kerana usul itu adalah usul Dewan Rakyat. Ini bermaksud, selepas diselesaikan dalam JPK, usul itu mesti dibawa balik kepada sidang yang akan datang,” katanya.

Pada 2 Ogos lalu, Dewan Rakyat bersetuju RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke JPK Parlimen untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan, ketika usul itu pada peringkat bacaan kedua.

RUU itu antara lain bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik kepada individu yang dilahirkan pada 1 Januari 2007.

RUU ini sangat penting memandangkan masalah penggunaan  rokok elektronik atau vape telah menjadi semakin berleluasa  terutama dalam kalangan kanak-kanak.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya