Kes tunggakan harta pusaka makin menurun

Kes tunggakan harta pusaka makin menurun

TAKIYUDDIN Hassan (tengah) semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini .UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Jumlah tunggakan kes melibatkan urusan pembahagian harta pusaka menunjukkan penurunan sebanyak 40 peratus atau sebanyak 28,423 kes dalam tempoh lapan bulan sepanjang tahun ini daripada jumlah keseluruhan iaitu 72,384 pada awal tahun ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penurunan itu disebabkan oleh kekangan yang dihadapi berkait pengurusan kes pembahagian harta pusaka semasa pandemik Covid-19.

Menurutnya, pada bulan lalu penurunan terus dicatatkan kepada 42,861 kes sekaligus menunjukkan aspek pengurusan kes semakin baik setelah negara memasuki fasa endemik.

“Kementerian juga telah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan bagi membolehkan sebanyak 100 perjawatan kontrak diluluskan yang terdiri daripada pegawai dan pembantu tadbir.

“Pengambilan untuk jawatan ini bermula pada Januari tahun depan. Perjawatan kontrak tersebut adalah untuk tujuan menyelesaikan kes-kes tunggakan harta pusaka di negara ini dan ia diharapkan dapat membantu menyelesaikan baki tunggakan dalam kadar segera,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu memberitahu, kelewatan menguruskan harta pusaka bukan hanya menyebabkan harta menjadi beku.

Katanya, situasi berkenaan akan menyebabkan harta-harta berkenaan tidak dapat dimanfaatkan oleh waris-waris dan akan berlaku susut nilai apabila bilangan waris bertambah akibat kematian berlapis.

“Bahagian Pembahagian Pusaka Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) menerima purata 60,000 kes setahun dan 65 peratus daripada jumlah kes berkenaan diuruskan bersama agensi lain, iaitu Mahkamah Tinggi dan Amanah Raya Berhad.

“Kelantan mencatatkan sebanyak 7,570 kes pembahagian pusaka tertunggak sehingga Ogos lalu,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya