KOTA BHARU: Golongan ibu bapa di sekolah menengah di sini mengambil inisiatif datang lebih awal untuk menjemput anak-anak masing-masing sebagai langkah keselamatan susulan dakwaan culik atau membawa lari pelajar yang tular ketika ini mesksipun didapati tidak berasas oleh pihak polis. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa buah sekolah di sekitar daerah ini mendapati, rata-rata ibu bapa sanggup berkorban masa dan setia menunggu anak-anak di hadapan sekolah bagi mengelak kejadian tidak diingini…










