Kertas siasatan Rafizi telah dirujuk Timbalan Pendakwa Raya - Utusan Malaysia

Kertas siasatan Rafizi telah dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

PKR
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkaitan dakwaan mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS) membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) semalam.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, meskipun kertas siasatan berkenaan dirujuk kepada TPR namun siasatan masih tetap diteruskan.

“Kita telah rujuk kertas siasatan berkenaan semalam,” katanya ringkas.

Minggu lalu, polis merakam keterangan Rafizi susulan laporan polis dibuat terhadapnya berkaitan dakwaan mengenai projek LCS membabitkan Abd. Latiff.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kesalahan memfitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik).

Pada 31 Ogos lalu, laporan polis dibuat oleh Pegawai Tugas-Tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Abd Latiff, Sayed Ahmad Mui’izzuddin Al-Sayed Mohamad terhadap Rafizi.

Laporan itu dibuat berhubung kenyataan Rafizi mengaitkan Ahli Parlimen Mersing itu dan wanita bernama Zainab Mohd. Salleh yang didakwa sebagai isterinya dalam penyelewengan projek LCS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN