Kertas siasatan Hakim Mohd. Nazlan di tangan SPRM semula - Azam Baki - Utusan Malaysia

Kertas siasatan Hakim Mohd. Nazlan di tangan SPRM semula – Azam Baki

AZAM Baki dalam sidang akhbar selepas Majlis 1st MACC Law Enforcement Accredited Programme Convocation 2022 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kertas siasatan kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali kini berada di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan itu diserahkan semula kepada pihaknya dari Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan-tindakan lanjut.

“Mungkin jawapan yang diberikan Tan Sri Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) sebelum ini adalah ringkas, beliau mungkin bermaksud tidak ada lagi di tangan beliau. Sebenarnya telah kita kemukakan kepada beliau dan diberikan kepada kita balik, kemudian diberi semula kepada beliau dan hantar balik kepada kami untuk tindakan-tindakan lanjut.

“Kertas siasatan ini pun masih lagi dengan kami setelah diberikan oleh pihak beliau, kita akan menunggu arahan lanjut kemudian untuk dibuat keputusan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Istiadat Konvokesyen MACC Law Enforcement Accredited Programme di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Pada 21 Ogos lalu, Idrus dilaporkan berkata, kertas siasatan kes membabitkan Mohd. Nazlan tidak berada dengan AGC. Mei lalu, SPRM mengesahkan kertas siasatan mengenai kes membabitkan Hakim Mohd. Nazlan sudah diserahkan kepada pihak AGC untuk tindakan lanjut.

SPRM melalui kenyataan berkata, kertas siasatan itu diserahkan pada 18 Mei lalu selepas pihaknya melengkapkan siasatan mengenai dakwaan sumber kekayaan yang tidak dijelaskan membabitkan Hakim Mohd. Nazlan. SPRM sebelum ini dilapor membuka kertas siasatan terhadap Mohd. Nazlan yang mana Azam berkata siasatan itu adalah prosedur biasa selepas pihaknya menerima laporan secara rasmi.

Ia susulan Mohd. Nazlan membuat laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaan ada sejumlah wang yang tak dapat ditentukan punca dalam akaunnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN