Kenderaan sesak 14 penumpang terhumban ke dalam gaung,

Hilux dinaiki 14 penumpang terhumban ke dalam gaung, wanita maut

PASUKAN bomba dan penduduk kampung berusaha membawa semua mangsa cedera yang terhumban ke dalam gaung di Jalan Borneo Highlands Resort, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADAWAN: Sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki 14 penumpang terhumban ke dalam gaung sedalam 30 kaki di jalan tanah tinggi Borneo Highlands Resort di sini petang semalam .

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Datuk Khirudin Drahman ketika dihubungi berkata, berdasarkan maklumat yang pihaknya perolehi ramai penumpang berada di bahagian belakang kenderaan jensi Toyota Hilux berkenaan.

“Mungkin disebabkan bahagian belakang kenderaan terlalu berat menyebabkan ia tidak stabi dan gagal dikawal, lalu terbabas ke dalam gaung,” kata Khirudin kepada Utusan Malaysia.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut iaitu seorang wanita berusia 22 tahun, Yow Sze Ee duduk dalam kenderaan tersebut.

Difahamkan, semua mangsa mempunyai pertalian saudara termasuk seorang warga emas dan dua kanak-kanak.

Menurut Khirudin, sebelum kejadian kesemua mangsa berada di kawasan resort untuk aktiviti riadah fun run di sana.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak semalam melaporkan kenderaan tersebut yang dinaiki 14 penumpang terbabas lalu terhumban ke dalam gaung ketika menuruni Jalan Borneo Highlands Resort.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak setelah mendapat maklumat tentang kejadian itu segera mengarahkan jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Simpok untuk respon ke lokasi.

Menurutnya, tujuh penumpang berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba, manakala anggota bomba bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Simpok telah melakukan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan tujuh lagi orang mangsa dari dalam gaung sedalam 30 kaki itu.

Tambahnya, mangsa pertama berjaya dinaikan serta diselamatkan pada jam 15:45 petang dan mangsa terakhir dinaikkan pada jam 7.30 malam.

Katanya, pasukan bomba menggunakan dua buah pengusung (stretcher) dan tali untuk mengeluarkan kesemua mangsa dari dalam gaung.

Kesemua mangsa telah distabilkan dan diselamatkan oleh anggota penyelamat dan diserah pada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut dan dikejarkan ke hospital.

Katanya, anggota penyelamat telah berjaya menyelamat tujuh orang mangsa dan tujuh yang lain diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Daripada tujuh mangsa yang dinaiki pasukan bomba, didapati seorang mangsa wanita dewasa meninggal dunia,” katanya.

Katanya, empat mangsa lelaki dewasa yang diselamatkan pasukan bomba masing, masing cedera di kaki, patah tangan kiri dan kanan, manakala mangsa wanita seorang patah tangan kanan dan seorang cedera di kaki.

Turut berada di tempat kejadian pasukan perubatan Kementerian Kesihatan –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya