Keluarga mangsa bot karam sukar daftar kematian

Keluarga mangsa bot karam sukar daftar kematian

AHMAD NAZRI ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Keluarga kepada mangsa bot karam Pulau Redang, Ahmad Nazri Ishak, 66, yang gagal ditemukan hingga ke hari ini menganggap kehila­ngannya sebagai kematian tanpa batu nisan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, anak mangsa, Siti Zahratul Amani, 25, berkata, ‘status’ itu memberikan kesukaran kepada keluarga untuk menguruskan pendaftaran sijil kematian disebabkan ketiadaan permit kubur dan lain-lain dokumen.

“Hanya salinan laporan polis berkait kehilangan bapa bersama empat lagi awak-awak bot bubu di perairan Pulau Redang pada bulan Ogos lalu menjadi bukti selain berita yang dikeluarkan oleh pihak media.

“Sehingga kini kami belum melaksanakan solat ghaib untuk bapa. Status kehilangannya di tengah laut masih menjadi persoalan selepas empat rakannya yang ditemukan mati menjadi satu gambaran yang jelas berkait status sebenar bapa,” katanya.

Siti Zaharatul Amani memberitahu, dia difahamkan sekiranya mayat bapa gagal ditemukan, ia akan diklasifikasi sebagai orang hilang.

Katanya, dia turut dimaklumkan sijil kematian tidak akan dikeluarkan selagi pihak hospital tidak mengesahkan status kematian

“Saya akan berusaha mendapatkan penjelasan lanjut berkait prosedur yang boleh dilakukan untuk mendapatkan sijil itu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×