Kain layah ‘terapung’ Mas Idayu jadi bualan - Utusan Malaysia

Kain layah ‘terapung’ Mas Idayu jadi bualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keunikan veil atau kain layah ‘terapung’ yang digayakan penyanyi dangdut, Mas Idayu pada majlis resepsinya, malam tadi mendapat perhatian ramai.

Perancang perkahwinan yang juga pereka persalinan persandingan penyanyi itu, Anas Abdullah berkata, mereka menggunakan 18 biji belon untuk memastikan kain layah itu terapung ketika mempelai menuju pelamin.

Untuk memastikan perancangan itu dapat direalisasikan, Anas bersama pasukannya turut melakukan latihan selama tiga hari bagi mendapatkan hasil seperti yang diimpikan.

“Kami membuat perbincangan dan tercetus idea untuk menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain bagi majlis perkahwinan Mummy.

“Dua tahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan majlis resepsi dibuat sederhana. Jadi, kami sasarkan untuk menjadikan majlis perkahwinan Mummy sebagai ‘wedding of the year’

“Secara keseluruhan, ada 18 belon digunakan untuk menerbangkan ‘veil’ sepanjang 15 kaki itu. Memang penat, tapi Mummy cakap, ia berbaloi. Dia memang puas hati,” katanya.

Anas memberitahu, kos untuk menyiapkan gaun perkahwinan yang digayakan Mas Idayu dan suaminya, Muhammad Sufian Che Isa mencecah sekitar RM12,000.

Mas Idayu, 50, sah bergelar isteri kepada pasangannya yang juga Penerbit Eksekutif TV3, pada jam 10.40 pagi, semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dengan mas kahwin RM1,001 di sebuah premis acara di Quill City Mall, di sini.

Ia disusuli majlis resepsi di lokasi sama pada sebelah malam yang turut dihadiri selebriti seperti Ziana Zain, Erra Fazira, Ella, Fauziah Latiff, Datuk Hattan, Hazama, Black Hanifah, Johan, Ozlynn Wati, Liza Hanim, Nabil Ahmad, Amelina, Ieda Moin dan ramai lagi.

Turut hadir bintang dari Indonesia, Soimah dan penyanyi dari Singapura, Kak Ros yang juga komentator program realiti, D’Academy Asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya