Juruterbang helikopter terhempas disahkan maut

[KEMAS KINI) Juruterbang helikopter terhempas ditemukan di kokpit

KEADAAN helikopter terhempas di Hutan Simpan Chikus KEADAAN helikopter Eurocopter EC120B yang terhempas setelah dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang semalam. Helikopter itu ditemukan di Hutan Simpan Chikus dekat Tapah oleh pasukan mencari dan menyelamat pagi ini. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH:  Juruterbang helikopter Eurocopter EC120B yang dilaporkan hilang dari radar di sekitar Hutan Simpan Chikus, di sini, ditemukan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekitar pukul 9.30 pagi ini.

Tsz Kin Richard Chan, 58, ditemukan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di bahagian kokpit helikopter sebelum dibawa keluar pada pulul 10.12 pagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mangsa adalah warganegara Hong Kong dan bekerja dengan syarikat swasta penerbangan berkenaan.

Mohd Yusri berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan pasukan TUDM menjumpai lokasi nahas di Hutan Simpan Chikus pada pukul 9.30 pagi sebelum krew helikopter TUDM turun ke lokasi lima minit kemudian.

“Mangsa kemudian dibawa keluar menaiki helikopter dan dihantar ke padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson, Ipoh dan dibawa menaiki ambulans ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Balai Polis Bidor, di sini, hari ini..

Difahamkan mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Mohd. Yusri turut memaklumkan keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai tragedi berkenaan dan pihaknya akan menunggu laporan bedah siasat yang akan dijalankan.

“Mangsa dibawa ke hospital dan kita menunggu laporan daripada pihak hospital, baru kita akan tahu tahap kecederaan dialami mangsa,” katanya.

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan CAAM mengesahkan sebuah helikopter jenis Eurocopter erputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Kuala Lumpur pada pukul 12.16 tengah hari.

Menurut Ka Siong, helikopter berkenaan dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pada pukul 11.37 pagi sebelum terputus hubungan 39 minit kemudian dengan menara kawalan udara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya