Jumlah mangsa banjir di Seri Gading meningkat

Jumlah mangsa banjir di Seri Gading meningkat

USAHA memindahkan mangsa banjir di Kampung Baru Seri Gading, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Seri Gading dekat sini menunjukkan peningkatan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, hingga tengah hari ini, seramai 326 mangsa daripada 65 keluarga telah dipindahkan.

“Berbanding petang semalam, hanya 83 mangsa daripada 20 keluarga ditempat di PPS di SMK Sri Gading.

“Peningkatan berlaku sejak awal pagi tadi dan dijangka akan bertambah lewat petang ini berikutan kerja-kerja memindahkan mangsa masih dilakukan, khususnya dari Kampung Baru Seri Gading,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurutnya, terdapat juga peningkatan tempat kediaman yang dinaiki air, iaitu di Kampung Seri Tanjung berbanding semalam hanya di Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Seri Gading dan Pekan Sri Gading.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN