JPNIN sedia aktifkan skuad KRT hadapi banjir

JPNIN sedia aktifkan skuad KRT hadapi banjir

SHAHRANI Yusoff (tiga dari kanan) bersama ahli KRT di padang Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) negeri sedia mengaktifkan skuad Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sekiranya berlaku banjir sepanjang tempoh peralihan Monson Timur Laut yang dijadual bermula November ini.

Pengarahnya Shahrani Yusoff berkata, skuad itu akan memainkan peranan membantu agensi keselamatan sekiranya bencana banjir berlaku di kawasan mereka.

Menurutnya, pada masa sama skuad KRT akan melakukan memantau di kawasan terlibat bagi memastikan keselamatan penduduk terus terjamin.

“Kita di peringkat KRT ni akan membantu agensi berkenaan seperti khidmat membantu pemindahan mangsa, agihan makanan dan membantu di pusat penempatan sementara (PPS) yang diwujudkan. 

“Dalam tempoh terdekat ini kita akan sesi bersama dengan semua wakil KRT agar sentiasa bersedia membantu agensi berkaitan sekiranya berlaku bencana banjir,” katanya kepada pemberita di Program Semarak Uniti KRT di sini hari ini.

Shahrani memberitahu, terdapat 467 KRT di seluruh negeri ini sudah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

Katanya, JPNIN turut menasihatkan penduduk di kawasan rendah supaya diingatkan sentiasa waspada dengan situasi cuaca semasa ketika ini dan berpindah ke kawasan selamat jika diarah berbuat demikian.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia juga telah menjangkakan bahawa negara akan menerima taburan hujan yang lebih tinggi pada pertengahan bulan November berbanding bulan-bulan lain yang mana boleh menyebabkan berlakunya banjir di banyak kawasan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN