Jho Low bebas merayau di Macau?

Jho Low bebas merayau di Macau?

JHO LOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wartawan dan juga penulis buku, Bradley Hope mendakwa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terbabit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ‘merayau-rayau’ di pusat beli-belah di Macau.

Bradley yang merupakan penulis buku ‘Billion Dollar Whale : The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and the World’ berkata, dia mengetahui keberadaan Jho Low berdasarkan maklumat dan beberapa keping gambar yang diterimanya baru-baru ini.

Dakwanya, gambar dipercayai Jho Low dan beberapa pembantunya disalurkan oleh penyiasat persendirian namun, penyiasat berkenaan melarangnya untuk menggunakan atau mendedahkan gambar berkenaan kepada umum.

“Foto itu memaparkan Jho Low memakai baju berkolar warna jingga dan berseluar pendek, tetapi membelakangi kamera. Selain itu ada juga beberapa keping gambar lain. Gambar ini adalah daripada penyiasat persendirian yang mengusahakan kes ini.

“Bagaimanapun, tidak jelas siapa yang mengupah penyiasat persendirian itu, sama ada mungkin kerajaan Malaysia atau perantara kerajaan Malaysia.

“Apa pun jelas sekali memang terdapat masa yang berbeza apabila Jho Low menjadi individu yang sangat dicari-cari susulan usaha untuk memperoleh semula wang (yang diseleweng daripada 1MDB),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perkongsian video di laman Youtube bersama Tom Wright, menerusi episod keempat program ‘Di Mana Jho Low’.

Selain itu, Bradley mendakwa Jho Low ketika bersama tiga individu lain yang dipercayai berperanan untuk membantu ahli perniagaan yang ini hidup dalam buruan.

“Jho Low ditemani tiga individu iaitu warga China sewaktu berada di pusat beli-belah itu. Seorang daripadanya adalah perisik warga China yang menjaga protokol keselamatan Jho Low,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sebagai usaha menyebarkan maklumat mengenai Jho Low, dia menghasilkan beberapa poster dan satu daripadanya memaparkan wajah ahli perniagaan itu dalam bentuk karikatur dan tulisan Cina.

“Harapan kami adalah orang China akan bersimpati dengan orang Malaysia ke atas salah seorang pelarian paling terkenal yang tinggal di China.

“Jadi kami memohon bantuan sambil berharap dapat meningkatkan lagi kefahaman mengenai siapa Jho Low di China serta di mana dia berada. Projek ini, bukan untuk memudahkan penahanan warganegara tetapi untuk memperjelas bagaimana individu dalam buruan yang memiliki (wang curi) berbilion boleh tinggal di negara itu dan hidup bebas,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.