Intervensi strategik kukuh jenama pendidikan tinggi

Intervensi strategik kukuh jenama pendidikan tinggi

NORAINI Ahmad (berdiri tiga dari kiri) beramah mesra dengan seorang peserta antarabangsa selepas merasmikan Seminar Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi 2022 di USIM dekat Nilai, Seremban hari ini.- UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tindakan intervensi yang strategik dan menyeluruh perlu dilaksanakan dalam usaha mengukuhkan jenama pendidikan tinggi Malaysia di persada dunia.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, tindakan itu bukan sahaja melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta jabatan dan agensi di bawahnya, malah memerlukan komitmen rakan strategik yang lain.

Ini, katanya ia termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Jabatan Imigresen Malaysia, Tourism Malaysia dan Education Malaysia Global Services (EMGS).

“Perencanaan pelan, penggubalan dasar serta penentuan strategi berkesan yang merentasi kementerian mesti seiring agar segala inisiatif yang dilaksanakan berada pada landasan yang betul.

“Tenaga semua pihak perlu digembleng untuk menambah baik pertumbuhan pelajar dan staf antarabangsa di samping meningkatkan mobiliti dalam dan luar negara selain meningkatkan aktiviti promosi serta kerjasama strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi 2022 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nila hari ini. 

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan Naib Canselor USIM, Prof. Dr. Sharifudin Md. Shaarani.

Noraini menarik perhatian, dalam usaha mengukuhkan jenama pendidikan tinggi di peringkat global, penarafan oleh badan antarabangsa seperti Times Higher Education (THE) dan Quacquarelli Symonds (QS) adalah antara indikator yang sangat sinonim digunakan.

“Misalnya dalam QS World University Rankings (WUR) 2023 yang diumumkan pada Jun lalu, pencapaian beberapa buah universiti di negara ini telah mengukuhkan lagi jenama pendidikan tinggi Malaysia di persada dunia.

“Saya percaya platform wacana hari ini akan membuka lembaran baharu kepada usaha-usaha pengantarabangsaan pendidikan tinggi di negara ini,” ujarnya.

Sebanyak 44 kertas kerja dibentangkan dalam seminar itu anjuran bersama KPT dan USIM.

Sempena seminar itu, Noraini turut melancarkan dua buah buku bertajuk Garis Panduan Amalan Terbaik Pengurusan Pelajar Antarabangsa untuk Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia dan Garis Panduan Pelaksanaan Program Mobiliti di Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya