Ikan sejuk beku tampung bekalan musim tengkujuh

Ikan sejuk beku tampung bekalan musim tengkujuh

AHMAD Yakob (dua dari kiri) selepas merasmikan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) 2.0 Negeri Kelantan di Kampung Paloh, Tumpat, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memastikan bekalan ikan semasa musim tengkujuh mencukupi dengan menyediakan stok simpanan ikan sejuk beku menerusi kaedah Q’Fish di negeri-negeri yang berlaku banjir hujung tahun nanti.

Q’Fish merupakan teknologi pembekuan pantas individu (IQF) yang digunakan agar bekalan ikan dapat disimpan dalam tempoh lama. 

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM, Kusuadi Sallih berkata, bagaimanapun, pihaknya masih belum menetapkan negeri yang bakal dijadikan sebagai pusat pengumpulan stok simpanan ikan kerana ia masih dalam peringkat persediaan menghadapi bencana banjir tahun ini.

“LKIM sedang menyediakan rangka kerja untuk penyediaan bekalan ikan ke seluruh negara melalui stok bekalan ikan.

“Kita juga bakal menyediakan pusat pengumpulan ikan di negeri yang dipilih nanti bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi semasa musim tengkujuh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) 2.0 Negeri Kelantan di Kampung Paloh di sini hari ini yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad memberitahu, sebanyak 22 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan telah melaksanakan PJMKM 2.0 dengan nilai jualan melebihi RM1.2 juta dan dikunjungi seramai 24,335 orang sehingga semalam.

Katanya, Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan bersama LKIM sentiasa komited untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi bagi terus menjamin sekuriti makanan di negeri ini.

Tambahnya, ia merupakan usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat susulan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya