Himpunan tolak PRU awal: Tiada notis dikemukakan Muda - Polis

Himpunan tolak PRU awal: Tiada notis dikemukakan Muda – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis tidak menerima notis daripada parti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk mengadakan Himpunan Tolak PRU awal yang dirancang mereka, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noordellhan Yahaya berkata, pihaknya tidak menerima sebarang pemakluman mengikut peruntukan undang-undang.

Justeru, Noordellhan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai himpunan itu dan menasihatkan penganjur membatalkan hasrat tersebut.

“Polis telah menasihatkan penganjur supaya tidak mengadakan himpunan ini dan orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyertainya.

“Jika diadakan juga, polis akan mengambil tindakan tegas sepertimana yg diperuntukan oleh undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau ditanya sama ada sebarang notis pemakluman atau permohonan permit berhimpun diterima polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 daripada penganjur iaitu Muda untuk mengadakan himpunan yang dijadualkan pada 24 September ini.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Muda merancang berhimpunan di hadapan pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Difahamkan, himpunan itu bertujuan membantah PRU15 awal ekoran musim tengkujuh diramalkan pada November ini yang dilihat sebagai akan menyusahkan pengundi dan rakyat ketika berdepan musibah banjir. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN