Hentikan polemik pelantikan Farrah Naz

Hentikan polemik pelantikan Farrah Naz

FARRAH NAZ ABDUL KARIM - GAMBAR AKAUN FACEBOOK FARAAH NAZ KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelantikan Farrah Naz Abdul Karim sebagai Pengarang Kumpulan baharu akhbar New Straits Times (NST) tidak wajar dipolemikkan dengan kononnya dibuat atas campur tangan politik.

Presiden Persatuan Kewartawanan Digital Malaysia, Nik Suryani Megat Deraman berkata, pihaknya kesal dengan tindakan segelintir tokoh wartawan mempertikai pelantikan itu dengan menuduh bahawa beliau dilantik atas campur tangan politik.

Oleh itu, beliau mengesa supaya polemik itu dihentikan.

“Sebagai pemenang dua kali berturut-turut Anugerah Kajai, persatuan yakin beliau dilantik atas dasar merit dan kelayakan. Pada hemat kami, beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewartawanan dan mampu membantu NST mencapai objektifnya sebagai sebuah akhbar dan entiti perniagaan.

“Persatuan Kewartawanan Multimedia Malaysia dengan sukacitanya mengalu-alukan dan ingin mengucapkan tahniah buat Farrah Naz atas pelantikan sebagai Pengarang Kumpulan baharu akhbar NST,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, The New Straits Times Press Berhad (NSTP), anak syarikat Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumkan pelantikan Farrah Naz sebagai Pengarang Kumpulan akhbar bahasa Inggerisnya, NST berkuat kuasa 15 September ini.

Farrah Naz berkhidmat di NSTP dalam pelbagai kapasiti sejak 2000 termasuk pernah menyandang jawatan Eksekutif Editor.

Beliau baru-baru ini menyertai Rangkaian Televisyen Media Prima sebagai Penerbit Eksekutif untuk program hal ehwal semasa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN