FMJ 2022 tarik 650,000 pengunjung

FMJ 2022 tarik 650,000 pengunjung

SUHAIRI HASHIM (dua dari kiri) melepaskan perlumbaan kendeaan lasak sempena FMJ 2022 di Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI : Penganjuran Festival Majestic Johor (FMJ) 2022 yang melabuhkan tirainya Ahad lalu berjaya menarik kedatangan pelancong serta pengunjung hampir 650,000.

Kejayaan penganjuran festival selama 11 hari bermula 8 September itu menjadi pemangkin bagi memacu semula kerancakan industri pelancongan di negeri ini yang lesu akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia. 

Pelbagai pengisian program menarik telah digarap oleh pihak Tourism Johor sempena  FMJ 2021 bertujuan untuk meletakkan negeri ini selaku destinasi utama pelancongan di rantau Asia.

“Pameran Kembara Mahkota Johor yang mempamerkan kenderaan digunakan sejak dari tahun 2000 hingga 2019 menjadi daya tarikan utama orang ramai dengan mencatatkan kunjungan seramai 125,628 pelawat hingga hari penutup.

“Kesemua acara ini dilihat telah berjaya menarik kedatangan pelancong serta pengunjung hampir 650,000 orang, melepasi sasaran awal iaitu 500,000,” demikian menurut Tourism Johor dalam satu kenyataan hari ini. 

Festival yang yang dianjurkan kerajaan negeri menerusi Tourism Johor itu turut mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), UEM Sunrise dan Iskandar Puteri Tourism Action Council (IPTAC).

Sepanjang festival, pelbagai acara dianjurkan termasuk konsert, sukan, persembahan kebudayaan dan jualan.

Pada hari terakhir, perlumbaan kenderaan 4×4 yang melibatkan 150 kenderaan lasak dari Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia menjadi tumpuan ramai.

Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim menyifatkan penganjuran FMJ 2022 berjaya mencapai matlamatnya dan insya-Allah akan diteruskan pada tahun-tahun mendapat.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua pihak yang menjayakan festival ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

“Insya-Allah penganjuran festival ini akan terus menjadi pencetus bagi proses pemulihan sektor pelancongan, sekali gus merancakkan semula ekonomi negeri dan negara,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya