FMJ 2022 janjikan kemeriahan

FMJ 2022 janjikan kemeriahan

SUHAIRI Hashim menunjukkan gegantung penganjuran Festival Majestic Johor 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Festival Majestic Johor (FMJ) 2022 menjanjikan kemeriahan kepada pengunjung dengan menyajikan 32 acara utama.

Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim berkata, semua acara berkenaan merangkumi pameran, jualan, permainan tradisional, konsert dan persembahan kebudayaan.

Menurutnya, sebanyak 25 agensi kerajaan dan swasta menyertai pameran, 150 gerai jualan makanan dan minuman serta 80 gerai yang menjual pelbagai barangan keperluan, termasuk dari Singapura, Indonesia dan Vietnam.

“Dengan pelbagai acara ini, kita menjangka dapat menarik kehadiran antara 500,000 hingga 700,000 pengunjung domestik dan luar negara.

“Sepanjang 11 hari festival berlangsung, para pengunjung akan disajikan dengan pelbagai acara dari siang hingga ke malam.

“Justeru, saya ingin mengajak semua, khususnya rakyat Johor untuk datang memeriahkan festival yang julung kali dan terbesar diadakan selepas pandemik Covid-19,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Festival yang berlangsung mulai semalam hingga 18 September ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), UEM Sunrise dan Iskandar Puteri Tourism Action Council (IPTAC).

Suhairi berkata, antara acara yang diadakan ialah pertunjukan sukan tempur Muay Thai, persembahan kebudayaan, permainan tradisional dan konsert artis terkenal tanah air selain pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, jualan makanan dan minumanpersembahan kebudayaan, permainan tradisional dan konsert artis terkenal tanah air.

“Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Black, Zamani, Ayai, Kumpulan BPR dan Bandi Amuk.

“Festival ini juga bertujuan merancakkan semula industri pelancongan di negeri ini, khususnya di kawasan Iskandar Puteri yang turut menempatkan pusat pentadbiran negeri,” katanya.

Menurutnya, festival tersebut dijadual dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 11 September ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.