Final Piala FA semakin hangat

Final Piala FA semakin hangat

PARA penyokong pasukan Terengganu FC memenuhi pekarangan Stesen LRT Bukit Jalil pada pukul 5.30 petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bahang perlawanan akhir merebut Piala FA antara Terengganu FC dan JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil kian terasa apabila sejak tengah hari lagi kedua-dua penyokong mula menuju ke stadium.

Terkini, suasana semakin hangat apabila ribuan penyokong pasukan Penyu dan JDT membanjiri Stesen LRT Bukit Jalil sejak pukul 5.30 petang tadi.

Perlawanan yang akan berlangsung pada pukul 9 malam ini juga bakal menggegarkan stadium dengan teriakkan jangkaan hampir 80,000 para penyokong Terengganu dan JDT yang buat pertama kali bertembung pada perlawanan akhir merebut Piala FA 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN