Enam sekeluarga nyaris maut kondo terbakar

Enam sekeluarga nyaris maut kondo terbakar

MANGSA kebakaran sebuah unit dekat kondominium di Seksyen 7 diselamatkan pasukan bomba dalam satu kejadian di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Enam sekeluarga ibarat berpatang maut sebelum ajal selepas terselamat daripada kebakaran rumah studio di tingkat 16 dalam sebuah kondiminium mewah di Seksyen 7, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pukul 1.46 pagi sebelum menggerakkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam ke tempat kejadian.

“Setibanya kira-kira pukul 1.53 pagi di lokasi kejadian, pasukan penyelamat mendapati memang berlakunya kejadian itu dan kesemua mangsa terperangkap di dalam rumah itu.

“Kemudian pasukan segera mengeluarkan kesemua mangsa daripada rumah berkenaan, yang berumur lingkungan 37 tahun hingga sembilan bulan ketika menjalankan operasi memadam kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, kesemua mangsa dapat diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan, sementara kebakaran dikawal dengan menggunakan alat pemadam api dan hos bomba di kondominium berkenaan.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, dua buah kedai di Bandar Bukit Melawati, Kuala Selangor hari ini musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 5.15 pagi ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN