Empat pemimpin utama PH hadir sambutan Hari Malaysia

Empat pemimpin utama PH hadir sambutan Hari Malaysia di Kuala Pilah

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan persiapan sambutan Hari Malaysia PH Peringkat Kebangsaan di Dataran Melang, Kuala Pilah, hari ini. - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Pemimpin utama empat parti di bawah Pakatan Harapan (PH) dijangka menghadiri Sambutan Hari Malaysia PH Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung hari ini di Dataran Melang, di sini.

Mereka ialah Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. 

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sambutan akan bermula pukul 4 petang sehingga pukul 12 tengah malam dan dijangka turut dihadiri 5,000 orang pengunjung.

“Program ini antara lain untuk memperkenalkan budaya masyarakat Negeri Sembilan kepada pengunjung luar selain mengeratkan perpaduan di antara pengunjung bersama pemimpin masyarakat.

“Ini merupakan sambutan Hari Malaysia buat julung kalinya anjuran PH yang diadakan Negeri Sembilan,” kepada pemberita ketika mengadakan tinjauan persiapan Sambutan Hari Malaysia PH Peringkat Kebangsaan di Dataran Melang di sini semalam.

Aminuddin berkata, sambutan juga akan diserikan dengan persembahan artis seperti Datuk Aishah Ariffin dan Altimet, tarian kebudayaan pelbagai kaum dan pertunjukan bunga api. 

Kesemua pemimpin utama yang hadir itu juga dijangka akan memberikan ucapan pada sambutan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN