PETALING JAYA: Seramai empat pemandu mabuk ditahan polis dalam Op Alkohol di beberapa lokasi di sekitar daerah ini bermula Jumaat hingga semalam.
Operasi dijalankan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Petaling Jaya itu telah memeriksa sebanyak 223 buah kenderaan serta 256 individu.
Polis Petaling Jaya dalam satu kenyataan berkata, seramai empat pemandu dikesan memandu dalam melebihi paras dibenarkan.
“Kesemua mereka disiasat dibawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Sebanyak 59 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikenakan ke atas pemandu dan penunggang kenderaan yang melakukan kesalahan.
Tambahnya, operasi ini akan dilaksana secara berterusan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan pihak berkuasa.- UTUSAN