Dua lagi mangsa bot karam di perairan laut Mukah giat dicari

Dua lagi mangsa bot karam di perairan laut Mukah giat dicari

OPERASI mencari dan menyelamat dua mangsa lemas masih giat diuasahakn oleh anggota bomba dan APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKAH: Hanya dua lagi mangsa bot karam di perairan Mukah masih belum ditemui selepas tujuh daripada 11 mangsa berjaya ditemui setakat tengahari tadi.

Salah seorang daripada tujuh mangsa yang ditemui telah disahkan meninggalkan dunia.

Menurut maklumat terkini Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat (MRSC) Kuching, penemuan mangsa terbaharu itu ditemui oleh pasukan SAR yang terdiri daripada komuniti pemancing Mukah pada jam 11.20 pagi tadi.

“Empat daripada mangsa ditemui masih hidup oleh bot nelayan tempatan manakala seorang daripada tiga mangsa yang ditemui oleh bot pencari Himajaya 7 disahkan telah meninggal dunia,” kata pihak MRSC

Terdahulu, dua orang mangsa yang memakai jaket keselamatan telah ditemui selamat selepas berpaut pada tong ikan oleh Kapal MT Capella yang sedang menuju ke Pelabuhan Kuching pada jam 5.30 petang semalam.

Setakat ini, katanya operasi pencarian sedang diteruskan bagi mencari dua lagi mangsa yang masih hilang.

Dalam kejadian itu, bot bernombor SF2-2837 yang dinaiki 11 lelaki termasuk seorang tekong, dua kru dan lapan orang pemancing dilaporkan karam di kedudukan lebih kurang 34 batu nautika dari barat laut Mukah pada malam Selasa lalu.

Usaha mencari dua lagi mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa dan pasukan SAR.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya