Dakwaan culik anak: Keterangan Lufya dirakam

Dakwaan culik anak: Keterangan Lufya dirakam

LUFYA OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis telah merakam keterangan pelakon, Lufya Omar dan anaknya bagi membantu siasatan kes cubaan culik anak perempuannya pada 26 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, keterangan pelakon tersebut bersama anaknya itu dirakam pada 7 September lalu.

“Kita telah mengambil keterangan pelakon tersebut selepas dia datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Kanak-kanak itu juga dirujuk kepada Child Interview Center (CIC) (Pusat Temuramah Kanak-Kanak) untuk diambil keterangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Tambahnya, lakaran fotofit suspek juga sudah diambil dan polis sedang mengenal pasti lelaki tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan Lufya mendakwa seorang lelaki cuba menculik anak perempuannya, ketika berada di taman permainan rumah mereka di Kota Damansara.

Malah pelakon itu mendakwa dia cedera di muka selain dipukul menggunakan batang kayu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN