Cubaan seludup diesel tanpa permit RM80,000 digagalkan

Cubaan seludup diesel tanpa permit berjumlah RM80,000 digagalkan

KAPAL kargo yang digunakan untuk cubaan menyeludup minyak diesel bersubsidi tanpa permit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sibu berjaya mematahkan cubaan menyeludup minyak diesel bersubsidi melibatkan keseluruhan rampasan bernilai RM80,000 di perairan Pulau Kerto, Batang Rajang di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata sepasukan anggota polis marin daerah Sibu telah menahan sebuah kapal kargo tanpa nama dan nombor pendaftaran berwarna hijau dan putih semasa menjalankan operasi khas ‘Op Kontraban’ sekitar jam 2.30 pagi.

PPMW5 Sibu menjalankan pemeriksaan ke atas kapal yang digunakan semasa operasi khas ‘Op Kontraban’ di Pulau Kerto, Batang Rajang, Sibu.

“Hasil pemeriksaan ke atas kapal berkenaan mendapati lebih kurang 5,000 liter minyak diesel disimpan di bahagian dek kapal.

“Siasatan lanjut pasukan operasi juga mendapati seorang jurugan kapal berusia 37 tahun gagal mengemukan sebarang bukti dokumen iaitu kebenaran memiliki, menyimpan, dan membawa barang kawalan tanpa permit atau lesen khas daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” tambahnya.

Sejurus pemeriksaan dilakukan kata Zulkipli, pasukan operasi telah bertindak menahan juragan terbabit dan merampas minyak diesel serta kapal kargo yang kemudian dibawa ke markas taktikal Pasukan Polis Wilayah Lima Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat KPDNHEP sbahagian Sibu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.