PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,483 kes berbanding kelmarin, 1,971 kes sekali gus diatasi 2,090 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Kuala Lumpur kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 328 kes diikuti Selangor (268), Perak (138), Sabah (127) dan Negeri Sembilan (110).
Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Sarawak (86), Johor (73), Melaka (67), Pinang Pinang (63), Kedah (54), Pahang (49), Putrajaya (43), Kelantan (37), Terengganu (26) dan Perlis (12).
Hanya Labuan mencatatkan kes satu angka iaitu dua kes. Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 373 orang berbanding kelmarin, 411 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 68 kes berbanding jumlah kelmarin, 69 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 48 kes berbanding jumlah kelmarin, 49 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 23 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,073 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan tiga kes bersamaan jumlah kelmarin, sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,280 kes.
Sementara itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,710 kes. – UTUSAN










