Covid-19: Kes positif kekal melebihi 2,000

Covid-19: Kes positif kekal melebihi 2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,226 kes berbanding kelmarin, 2,428 kes sekali gus mengatasi 1,894 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 448 kes diikuti  Kuala Lumpur (548), Perak (204), Sabah (190), Negeri Sembilan (159), Sarawak (114) dan Melaka (112),

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Pinang Pinang (85), Kedah (76), Johor (75),  Kelantan (64), Pahang (57), Putrajaya (42), Terengganu (33),   manakala Labuan, (12) dan Perlis, tujuh kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 426 orang berbanding kelmarin, 468 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 64 kes berbanding jumlah kelmarin, 67 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 38 kes berbanding jumlah kelmarin, 40 kes. 

Bagi kluster Covid-19 pula, dua kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 23 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,072 kluster.

Dua kluster baharu iaitu satu kumpulan berisiko tinggi, Kluster Jalan Bunga Tanjung di Titiwangsa, Kuala Lumpur melibatkan sembilan kes manakala satu pendidikan, Kluster Jalan Dato Tabal di Hulu Selangor, Selangor melibatkan tiga kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lapan kes berbanding jumlah kelmarin, empat kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,270 kes. 

Sementara itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,709 kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN